http://silat.8m.com/persilatan.html
http://segalailmu.whymalaysia.com/index.html
Ilmu persilatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
- ketangkasan/kekuatan fisikal
- kekuatan dalaman
Kekuatan dan ketangkasan fisikal mudah dipelajari dan dipraktikkan tetapi kekuatan dalaman amat sukar di pelajari kerana ianya tidak nampak dan terdapat banyak pendapat serta misteri yang menyelubungi cabang ilmu kekuatan dalaman ini.
Maka tidak hairanlah jika terdapat berbagai kaedah dan pendekatan untuk mempelajari ilmu ini sehingga ada yang telah dicampur aduk dengan amalan songsang yang bercanggah dengan agama Islam. Ilmu beladiri persilatan fisikal juga tidak terkecuali daripada dicampur aduk dengan amalan sedemikian.
Didalam laman web ini kami akan membincangkan kaedah mengenai ilmu kekuatan dalaman atau lebih popular dikenali sebagai ilmu tenaga dalam dan bagaimana ianya boleh dipelajari secara pendekatan saintifik dan mudah difahami. Tenaga Dalam dikenali dengan nama “Ki” didalam seni beladiri Jepun atau “Ci” didalam seni beladiri
China. Seni bela diri China dan Jepun banyak menggunakan kaedah latihan minda, senaman dan pernafasan untuk membangkitkan tenaga dalam.
Maklumat yang dipaparkan adalah dari pandangan pengarang sendiri dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan silat atau beladiri. Adalah menjadi matlamat pengarang supaya ilmu persilatan kita tidak pupus dan mempunyai kesinambungan ke generasi muda akan datang.
Disamping menimba ilmu beladiri kita juga perlu sedar tentang betapa pentingnya berilmu dari pendekatan yang benar dan tidak mengikuti ajaran-ajaran syirik yang menyimpang dari agama. Sehingga kini masih terdapat ajaran atau amalan songsang yang dipraktikkan di dalam amalan persilatan atau beladiri sedangkan ianya mampu disampaikan secara pendekatan sains yang mudah difahami.
Mungkin ada diantara anda yang tidak tahu bahawa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan garis panduan untuk memudahkan anda memilih ajaran atau pertubuhan yang tidak melanggar garis panduan tersebut. Risalah garis panduan tersebut diedarkan dibawah tajuk “Garis Panduan Silat Menurut Islam”. Untuk pengetahuan anda kami akan membincangkan garis panduan tersebut didalam segmen Ilmu Beladiri bagi manfaat bersama. Peminat dan pengamal ilmu beladiri dari Indonesia dan Singapura juga pasti ingin
mengetahui isi kandungan garis panduan tersebut.
Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan silat yang telah diharamkan dimana anda juga boleh membuat rujukan dengan pihak JAKIM untuk mempastikan bahawa pertubuhan silat yang anda ingin ikuti tersebut tidak tersenarai didalam pertubuhan yang telah diharamkan.
Untuk makluman anda laman ini sedang dikemaskini dan terdapat beberapa bahagian yang masih dibina dan akan dipaparkan kepada umum secara berperingkat.
Mudah mudahan segala maklumat yang terdapat di laman web akan memberikan manfaat kepada anda
semua.
Kami juga amat perihatin tentang pendapat umum dan jika anda ada sebarang maklumat atau komen yang
ingin disampaikan kepada kami, sila e-mail kepada :



No comments:
Post a Comment